Kelas E-learning - Uptoten & Advokasi
19 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 18 April 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas e-learning iaitu Uptoten kids online games dan advokasi yang melibatkan penyertaan ahli-ahli PI Melugu. Kelas e-learning ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan kreativiti dan penyelesaian masalah dalam permainan berbentuk pendidikan. Selain itu, pelajar turut dididik mengenai keselamatan penggunaan internet.
Dalam kelas ini, pelajar digalakkan untuk mencuba pelbagai jenis permainan yang terdapat dalam laman web Uptoten seperti puzzle, lagu kanak-kanak, mewarna gambar, memadankan gambar, mencari perbezaan antara 2 gambar , dan lain-lain lagi.
Mereka turut bermain permainan berbentuk keselamatan internet seperti Interland. Permainan ini merupakan permainan maya berbentuk pengembaraan yang membolehkan pelajar mempelajari tentang keselamatan digital dimana mereka memerangi penggodam dan pembuli cyber dengan memahami kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pengguna digital yang baik. Permainan ini juga turut membantu pelajar dalam mengenal pasti maklumat yang dapat atau tidak dapat dikongsi dalam media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: